Juruterbang Positif Dadah

JUruterbang syarikat penerbangan Malaysia ditahan di Batam, Indonesia kerana didapati positif syabu, kelmarin.

Memetik laporan Detik.com, lelaki berusia 34 tahun berasal dari Kelantan itu ditahan selepas ujian saringan air kencing yang dijalankan Badan Narkotika Nasional Provinsi (BNNP) Kepulauan Riau di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Batam.

Menurut laporan itu, pemeriksaan lanjut turut menemui satu paket syabu seberat 1.09 gram dalam beg miliknya selain alat penghisap dadah atau ‘bong’, lapor Metro

“Tangkapan itu susulan ujian saringan air kencing terhadapnya yang didapati positif dadah,” kata laporan itu.

Sementara itu, laporan Kompas.com pula menyatakan suspek sepatutnya melakukan penerbangan semula dari Batam ke Subang, Selangor, semalam.

“Suspek bermalam di Batam sementara menunggu untuk melakukan penerbangan ke Subang pada 11 pagi, Ahad,” katanya.

Difahamkan, juruterbang terbabit diserahkan kepada pihak Badan Narkotika (BNN) Nasional Kota Batam untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.