Guru Tadika Pekup Muka Budak Tak Mahu Tidur

Tindakan kejam seorang guru di sebuah tadika terbongkar apabila dia dirakam melemaskan seorang kanak-kanak lelaki lima tahun dengan selimut kerana enggan tidur.

Kelakuannya itu dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam insiden di Tadika Hongying di bandar Hezhou, China.

Kanak-kanak yang trauma itu kemudiannya memberitahu kejadian kepada ibu bapanya sebelum pegawai polis dipanggil ke tadika berkenaan dan menahan suspek atas tuduhan dera, lapor Metro

Ibu bapa berkenaan ditawarkan wang sebanyak 50,000 RMB (RM31,098.96) sebagai pampasan.

Manakala ibu bapa lain yang turut menghantar anak mereka ke tadika itu turut mendakwa terdapat ramai lagi kanak-kanak berdepan pengalaman sama dan bimbang ia bukan kes terpencil.

Guru terbabit dipercayai sudah diberhentikan susulan kejadian berkenaan.

Pengetuanya yang tidak didedahkan namanya berkata, mereka akan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan kes itu.

“Kami akan memberi kerjasama dalam siasatan ini dan tidak akan lari daripada tanggungjawab sekiranya didapati bersalah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.