Bunyamin Tak Sabar Bantu Tok Gajah

KUANTAN – Pemain pertahanan berpengalaman, Bunyamin Umar mengaku perlu lebih fokus jika berhasrat mengisi kesebelasan utama skuad Pahang untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Sebagai pendatang baru, pemain kelahiran Kedah itu perlu bekerja keras terutama dari segi prestasi untuk membantu Tok Gajah meraih kejayaan bermakna, lapor BH

Katanya, segala-galanya diserahkan kepada barisan kejurulatihan khususnya ketua jurulatih, Dollah Salleh untuk membuat keputusan.

“Sebagai pemain, saya perlu bersaing dengan rakan lebih senior tetapi misi menempatkan diri dalam kesebelasan utama akan menjadi keutamaan.

“Saya harap penghijrahan ke Pahang akan mengembalikan semula prestasi terbaik untuk bersama rakan sepasukan meraih kejuaraan musim 2018,” katanya.

Bunyamin memulakan kerjaya sebagai pemain Kedah pada 2005-2007 sebelum menyarung jersi UPB-My Team (2007-2009) dan Selangor (2009-2017).

Dengan pengalaman yang dimiliki, pemain berumur 30 tahun itu sudah pasti menjadi antara sandaran Tok Gajah untuk mengukuhkan jentera pertahanan.

Dia dijangka bergandingan bersama Matthew Davies, Mohd Faisal Rosli dan Muslim Ahmad.

Bunyamin yang teruja dapat bersama Pahang musim ini berazam mempamer prestasi terbaik selain mengharapkan sokongan rakan sepasukan.

“Impian saya adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya satu piala menjadi miliki Pahang musim ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.