Bumi Palestin Terus Tegang

BANDAR RAYA GAZA – Seorang penduduk terbunuh, manakala sekurang-kurangnya 56 yang lain cedera terkena tembakan tentera Israel di Tebing Barat dan Gaza kelmarin ketika mereka melakukan protes menentang pengisytiharan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Menurut AFP, Jamal Muslih, 20, dari kem pelarian Al-Bureij di tengah Gaza meninggal dunia selepas cedera parah terkena tembakan peluru hidup kelmarin, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra.

Selain tembakan peluru hidup, tentera Israel turut menyerang Semenanjung Gaza menggunakan kereta kebal dan serangan udara selepas roket dari wilayah Palestin menyasarkan selatan kawasan Zionis, kata sumber tentera dan penduduk Palestin, petik Kosmo

Ashraf berkata, tentera Is­­rael melepaskan temba­kan di beberapa bahagian wilayah tepi pantai itu, mencederakan 40 orang dengan empat daripadanya parah.

Tentera Israel berkata, 2,000 penunjuk perasaan membaling batu dan bom botol ke arah askar di sempadan Israel dengan wilayah Palestin.

Di Tebing Barat, Kementerian Kesihatan Pa­lestin berkata, sekurang-kurangnya 16 orang cedera apabila tentera Israel melepaskan lima tembakan peluru hidup ketika bantahan semasa demonstrasi, manakala yang lain terkena peluru getah.

Tentera Israel berkata, kira-kira 500 penunjuk pe­rasaan membakar tayar dan membaling bom botol serta batu ke arah anggo­ta­nya di 30 kawasan berbeza di Tebing Barat.

Israel turut melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza selepas tentera Palestin melancarkan tiga roket di selatan Israel, dua daripadanya dipintas sistem pertahanan udara Iron Dome, kata tentera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.