Budak 3 Tahun Punca 12 Maut

NEW YORK – Pihak berkuasa memberitahu bahawa kejadian kebakaran menyebabkan 12 orang terbunuh di sini Khamis lalu disebabkan oleh seorang kanak-kanak yang bermain api dapur.

Menurut AFP, Budak lelaki berusia tiga tahun itu dikatakan secara tidak sengaja menyalakan api sehingga menyebabkan kebakaran di rumahnya sebelum merebak ke seluruh bangunan apartmen, petik Kosmo

Kebakaran pada petang Khamis itu melibatkan bangunan apartmen 25 unit berhampiran Zoo Bronx, salah satu tarikan pelancongan paling popular di ibu kota Amerika Syarikat.

Empat mangsa masih dalam keadaan kritikal akibat kebakaran yang disifatkan Datuk Bandar, Bill de Blasio sebagai tragedi kebakaran terburuk di bandar tersebut sejak suku abad lalu.

“Siasatan mendapati api bermula dari dapur di tingkat pertama.

“Ia berpunca apabila seorang budak lelaki berusia tiga sete­ngah tahun yang bermain de­ngan dapur memasak.

“Ibunya tidak menyedari kebakaran itu berlaku dan hanya tersedar selepas dia menjerit,” kata Pesuruhjaya Bomba, Daniel Nigro kepada pemberita.

Wanita itu kemudian lari keluar dari kediaman bersama dua anaknya dan membiarkan pintu rumah terbuka. Keadaan itu menyebabkan api merebak de­ngan mudah ke bahagian tangga dan seluruh bangunan sebelum peng­huni lain melarikan diri dan mendapatkan bantuan.

“Tangga itu menjadi seperti sebuah cerobong. Api merebak dengan pantas ke tingkat atas dan menyebabkan kebanyakan mangsa tidak sempat untuk menyelamatkan diri,” kata Nigro.

Anggota bomba tiba di tempat kejadian dalam masa tiga minit, namun telah terlambat.

Lima mangsa maut di tempat kejadian, manakala tujuh lagi meninggal dunia di hospital tempatan termasuk empat kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.