Amerika.. Jari Saya Dekat Butang Nuklear! – Jong Un

PYONGYANG – “Awas, hanya satu butang diperlukan untuk melancarkan peluru berpandu ke Amerika Syarikat.”

Itu amaran pemimpin Korea Utara Kim Jong Un kepada negara Uncle Sam, susulan ketegangan berhubung pembangunan program nuklearnya, sebagaimana memetik Awani

Dalam amanat tahun baharu, Jong Un memaklumkan Amerika Syarikat kini dalam lingkungan sasaran senjata nuklear Pyongyang, dan butang untuk lancarkan peluru berpandu sentiasa berada di jarinya.

“Ini realitinya, ini bukan lagi ancaman,” kata Jong Un dalam amanat yang disiarkan di televisyen.

Sehubungan itu, Jong Un anggap Amerika tidak lagi berada dalam kedudukan untuk melancarkan perang, kerana kemampuan Pyongyang kini adalah sama.

Dalam pada itu, Jong Un memaklumkan akan memberi tumpuan kepada pengeluaran peledak nuklear dan peluru berpandu balistik secara besar-besaran.

Senjata itu akan digunakan apabila kepentingan keselamatan Pyongyang terancam.

Korea Utara melancarkan enam ujian peluru berpandu balistik tahun ini, menimbulkan kebimbangan timbul ketegangan baru di semenanjung Korea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.