Warga Emas Ditemui Mati, Separuh Bogel Dan Pisau Terpacak Di Leher

Ipoh – Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan pisau masih terpacak di leher di kediamannya di Jalan Hospital, di sini lewat malam tadi.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa berusia 79 tahun ditemui adik lelakinya dalam keadaan hanya memakai baju di bilik rumah flatnya.

Sumber berkata, mangsa seorang bujang dan tinggal bersendirian di kediamannya dipercayai dibunuh dengan ditikam pada bahagian leher.

“Adik lelaki mangsa yang bekerja di bandar raya ini singgah di rumah kakaknya pada 11.30 malam dan mendapati pintu rumah tidak berkunci.

“Rumah itu dalam keadaan gelap dan mayat mangsa ditemui terbaring di atas lantai di dalam bilik rumah itu dengan pisau masih terpacak di leher serta tidak berseluar dan baju terangkat ke atas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.