Saya Melihat Sendiri Malapetaka Banjir Yang Dasyat, Kerajaan Pusat Akan Bantu Semua Mangsa – Perdana Menteri

Tumpat –  “Selepas solat Maghrib berjemaah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, saya menyatakan kepada jemaah yang hadir bahawa saya melihat sendiri malapetaka banjir dahsyat yang melanda, rumah musnah, air naik setinggi tiang lampu di jambatan Manek Urai, ada juga rumah yang hanyut di bawa banjir ke tengah jalan.

“Kerajaan pusat akan bantu semua mangsa banjir termasuk di Kelantan, antaranya bayaran wang kepada pelajar sekolah, bayaran BR1M yang dipercepatkan, dan juga dana tambahan RM500 juta kepada mangsa banjir. Pemilik rumah yang musnah dan rosak teruk akan dikenalpasti dan dibantu. Selain itu untuk membantu pembersihan rumah, saya telah meminta Majlis Keselamatan Negeri untuk menambah pancuran air jet bagi membuang lumpur.

Kerajaan juga akan menyediakan rumah sementara sebelum membina kediaman kekal di kawasan selamat dengan kerjasama kerajaan negeri. Walaupun ia memakan belanja yang besar, langkah pencegahan dan tebatan banjir akan dilakukan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara.” – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak http://najibrazak.com/en/blog/solat-maghrib-di-sekolah-kebangsaan-pengka…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.