QZ8501 : Gelongsor Ditemui, Tidak Bermaksud Telah Digunakan

Kuala Lumpur – Walaupun gelongsor kecemasan telah ditemui oleh pasukan pencarian pesawat AirAsia QZ8501, ini tidak bermaksud ia telah dikeluarkan untuk digunakan.

Itu pandangan bekas ketua juruterbang Malaysian Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Huzlan Hussain yang berkata gelongsor itu mungkin telah pecah dari bahagian pesawat itu, atau terapung selepas pesawat masuk angin.

“Saya rasa sebahagian besar pesawat itu masih ada integriti semasa jatuh. Mungkin hanya sayap atau ekor yang pecah,” katanya kepada Astro AWANI.

Semasa diajukan soalan tentang jasad yang ditemui berpegangan tangan, Nik Huzlan berkata teorinya adalah kapal terbang itu jatuh pada kelajuan 220km/j.

“Ini adalah kelajuan yang agak perlahan. Saya agak dari lokasi ia jatuh sehingga tersentuh di permukaan air mengambil masa dua ke tiga minit.

“Jadi mungkin ada yang sudah tahu kemungkinan pesawat itu terhempas,” katanya.

Terdahulu beberapa laporan media melaporkan terdapat beberapa jasad yang ditemui berpegangan tangan.

Hanya tujuh jasad berjaya dibawa keluar hari ini termasuk empat jasad yang dikeluarkan oleh kapal Malaysia.

Kapal Malaysia turut mengeluarkan gelongsor kecemasan yang ditemui. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.