Mungkin Sibu Banjir Dalam Bulan Januari, Tetapi Tidak Besar – JPS

Sibu – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sibu memberikan keyakinan bahawa bandar Sibu tidak akan mengalami banjir besar.

Jurutera JPS Sibu, Ting Sing Kwong berkata pihak mereka memantau situasi sejak permulaan monsun dan mereka menyimpulkan bahawa terdapat sedikit kemungkinan banjir di bulan Januari.

Namun beliau menasihatkan ia masih bergantung dengan sebarang perubahan hujan luar biasa antara sekarang dan pertengahan Januari.

“Tahap paras air dicatat semasa Natal menurun. Ia akan berlaku beberapa hari lagi sebelum air pasang tinggi kembali. Jadi penduduk Sibu tidak perlu risau,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberi jaminan walaupun kekerapan hujan dalam Disember and Januari, tiada yang luar biasa seperti Ogos 2010 dimana membuatkan seluruh bandar banjir namun beliau menjelaskan bahawa terdapat banjir kilat di kawasan rendah di bandar ini. – FMT

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.