Kerajaan Campuran : Sebenarnya Menunjukkan Betapa Jahatnya UMNO – Mahfuz

Kuala Lumpur – PAS menempelak cadangan pembentukan kerajaan campuran antara parti itu dan UMNO di Kelantan dengan mengatakan ia adalah ‘idea jahat’ daripada lawannya itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata situasi tersebut menunjukkan kepada orang ramai bahawa Kerajaan Persekutuan sememangnya sukar untuk memberikan bantuan kepada kerajaan Kelantan.

Menurutnya, cadangan yang dilontarkan oleh pengasas Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub itu memberi gambaran bantuan hanya akan diberikan sekiranya idea kerajaan campuran itu berlaku.

“Saya ucap terima kasih kepada Datuk Hishamuddin yang memberikan cadangan ini tetapi kenyataan ini sebenarnya menunjukkan betapa jahatnya UMNO dan Barisan Nasional.

“Saya gambarkan UMNO memiliki tiga sifat iaitu pendera, penzalim dan pembuli terhadap kerajaan negeri Kelantan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, keutamaan yang perlu dilakukan oleh kerajaan pusat ialah dengan membayar royalti petroleum kepada kepada kerajaan negeri Kelantan.

Jelasnya, royalti petroleum merupakan hak Kelantan dan ia boleh digunakan bagi membangunkan negeri berkenaan apatah lagi ketika saat menghadapi bencana banjir.

“Kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat sentiasa terjalin dalam bentuk GTG dan bukan dalam bentuk kerajaan campuran.

“Janganlah minta kerjasama daripada kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat tidak berikan kerjasama dalam konteks tunaikan hak demokratik dalam mendapatkan bayaran royalti tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan yang dikemukakan oleh Hishamuddin dalam wawancara ekslusif di Sinar Harian semalam yang mengharapkan berlakunya kerajaan campuran antara PAS dan UMNO di Kelantan.

Jelas Hishamuddin, kerajaan campuran tersebut dilihat perlu bagi membina semula Kelantan selepas bencana banjir yang melanda negeri berkenaan serta menyelaraskan peruntukan kerajaan pusat terus kepada kerajaan negeri untuk pulihkan ekonomi.

One thought on “Kerajaan Campuran : Sebenarnya Menunjukkan Betapa Jahatnya UMNO – Mahfuz

  • January 4, 2015 at 5:33 pm
    Permalink

    ALLAH DAH BAGI SIKIT “ROTAN ” PUN MASIH BERSIKAP ANGKUH ,TUNGGU AJA LAH APA LAGI YG ALLAH AKAN BAGI SUPAYA DEMA SEDOR.DIA NI MEMANG JENIS TONGONG TAK TAU APA

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.