Husam Hanya Adun, Beliau Tidak Berhak – Rahim

Shah Alam – Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengatakan tidak perlu kerajaan campuran hanya pendapat peribadi beliau yang dianggap hanya mementingkan kepentingan politik peribadi.

“Di Kelantan, Husam hanya seorang Adun. Beliau tidak berhak membuat keputusan samada setuju atau tidak terhadap kerajaan campuran,” demikian tegas Pengerusi Trans-Nusantara Ventures, Datuk Rahim Kamil Sulaiman.

Rahim yang juga tokoh anak Kelantan yang dikenali menegaskan, Husam hanya bercakap atas kapasiti dirinya sahaja dan bukan pandangan orang Pas atau pandangan orang yang menyokong Pas, jauh sekali mewakili rakyat Kelantan.

“Apa yang dinyatakan Husam dalam kenyataannya kepada Malaysiakini bukan rakyat yang mahu.

“Di Kelantan, Husam tidak memegang apa-apa jawatan dalam Pas Kelantan selain hanya sebagai Adun sahaja.

“Tindakan Husam yang mendahului menteri besar Kelantan bagi mengatakan Pas tidak perlu kerajaan campuran adalah biadap dan tidak menghormati kuasa dan kepimpinan menteri besar,” katanya.

Beliau menasihat Adun itu supaya melihat kembali kepada sirah Rasulullah.

“Kita menyerahkan kepada individu yang telah diberi kepercayaan untuk menjadi ketua kita di dalam menentukan sesuatu keputusan.

“Sebagai pemimpin dan rakyat, kita seharusnya menyokong pimpinan yang ada untuk bersama membuat keputusan yang menuju kepada kebaikan.

“Husam perlu tahu apa yang rakyat Kelantan mahu dan bukan hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Penganalisis Politik Kelantan, Dr Kamarulzaman Yusof berkata, Husam tidak sepatutnya terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan.

Katanya, selaku pemimpin berpengalaman, Husam sepatutnya mendapatkan pandangan kerajaan negeri dahulu sebelum mengeluarkan pendapat.

“Husam terburu-buru dengan menolak terus cadangan tersebut tanpa mempertimbangkan pro dan kontranya secara mendalam.

Kamarulzaman berkata, kerosakan yang menimpa Kelantan terlalu besar dan memerlukan biaya serta tenaga besar untuk dipulihkan semula.

“Saya selaku ahli akademik menyanjung (Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf) Datuk Hussamuddin Yaacob di atas keberanian beliau menyuarakan suatu perkara yang sebenarnya turut terbuku di dalam hati ramai rakyat Kelantan,” katanya. – mD

4 thoughts on “Husam Hanya Adun, Beliau Tidak Berhak – Rahim

  • January 1, 2015 at 6:00 pm
    Permalink

    kelantan dah sama serupa semacam Gaza selepas operation protective edge – perlu unity government Hamas+Fath untuk membangun semula

    Reply
  • January 2, 2015 at 6:06 pm
    Permalink

    HUsam pimpinan tertinggi parti….memang patut dia kuar kenyataan

    Reply
  • January 2, 2015 at 7:20 pm
    Permalink

    Huzam hanya mewakili dap …. sebelum kepimpinan utama pas bersuara, dia perlu memintas sebagai memberi hint tentang pandangan dap… kesian kat dia… macai dap talibarut harbi dap…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.