Hari Ke-5 : Cuaca Buruk Dan Laut Bergelora Sukarkan Misi Mencari Dan Menyelamat

Kuala Lumpur – Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang masuk hari kelima disifatkan sukar dan berisiko tergendala kerana keadaan cuaca buruk dan laut bergelora.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar melalui Twitternya memaklumkan, jarak penglihatan di kawasan pencarian terhad, hanya lima batu nautika.

Katanya, ketika ini kawasan pencarian yang ditetapkan untuk KD Pahang adalah di sektor 2 sementara KD Lekir dan Lekiu adalah di sektor 4.

“Kawasan pencarian juga diperluaskan kepada 13,500 batu nautika hari ini berbanding 6,160 batu nautika pada hari sebelumnya.

“Helikopter jenis Fennec turut digunakan KD Lekiu untuk pemantauan udara,” katanya.

Katanya, kawasan pencarian juga diperluaskan kepada 13,500 batu nautika pada Khamis berbanding 6,160 batu nautika pada hari sebelumnya.

Melalui Twitternya, Abdul Aziz turut menunjukkan gambar keadaan laut bergelora yang dirakam di KD Lekiu. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.