Anwar Beri Alasan Tidak Ada Penerbangan Untuk Balik Bantu Mangsa Banjir

Anwar Ibrahim mengulas dakwaan mengatakan beliau tidak sensitif kerana masih berada di luar negara walaupun banjir besar melanda Kelantan, Anwar memberi alasan faktor tiket kapal terbang sebagai halangan beliau bersama rakyat, lapor Sinar Harian.

“Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar” katanya.

Anwar berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu memberi tumpuan terhadap usaha meringankan beban mangsa banjir.

Berkaitan gambarnya berbasikal bersama keluarga pula, Anwar menegaskan bahawa gambar itu sebelum bencana banjir berlaku.

“Gambar saya mengayuh basikal yang disebarkan itu sebenarnya sebelum banjir lagi, takkan saya naik basikal sebelum banjir pun nak dijadikan isu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dalam tempoh bencana tersebut, beliau sentiasa mendapatkan maklumat melalui pimpinan parti yang berusaha untuk memberi bantuan sewajarnya.

Katanya, dalam keadaan genting itu, tidak perlu mengumumkan peruntukan wang berjuta-juta, sebaliknya apa yang penting menyegerakan bantuan makanan dan keperluan lain kepada mangsa banjir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.