4 Terselamat, Helikopter Bawa Barangan Makanan Terhempas

Tanah Merah – Helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan, 6.30 petang(Rabu).

Empat orang yang menaiki pesawat itu dilaporkan terselamat hanya mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian itu berkata, dua juruterbang dan dua anggota kru pesawat itu terselamat.

“Alhamdullilah dua juruterbang dan dua kru terselamat,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Menurut saksi, mereka melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum terdengar letupan lalu menjunam ke bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.