4 Jasad Mangsa Diterbangkan Ke Surabaya Dengan Berpakaian Lengkap

Pengkalan Bun – Empat jasad yang dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya dari Lapangan Terbang Iskandar, di sini, dengan penerbangan pesawat Hercules A1320 Tentera Nasional Indonesia (TNI) ditemui di laut dalam keadaan berpakaian lengkap.

Pengarah Eksekutif Pengecaman Mangsa Bencana Indonesia (DVI) Brigedier Jeneral Polis, Dr Arthur Tampi berkata, empat jasad mangsa nahas pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 itu masing-masing dua perempuan dewasa, satu remaja lelaki dan satu lelaki dewasa.

Menerangkan keadaan jasad itu, katanya, jasad remaja lelaki memakai baju biru, berseluar coklat gelap dan ada tulisan ‘TIGA’ di lengan kiri manakala jasad lelaki dewasa memakai jam tangan, berbaju coklat gelap, seluar panjang biru tua dan ada telefon bimbit warna putih dalam poket seluar depan kiri.

“Satu jasad perempuan berpakaian merah kemungkinan kru pesawat manakala satu jasad perempuan lagi yang berusia lingkungan 40-an ada beg hijau di sisinya ketika ditemui di lautan, berbaju dan berseluar gelap, manakala ketinggiannya kira-kira 167 sentimeter,” katanya. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.