PKR Mahu ADUN Tarik Diri Jika Dicalon Jawatan MB

Shah Alam – PKR menggesa semua Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) menarik diri sekiranya dicalonkan oleh mana-mana pihak untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Naib Presidennya Rafizi Ramli menegaskan tindakan itu dilakukan ekoran PKR telah memuktamadkan bahawa hanya seorang calon daripada parti ini akan dikemukakan kepada Sultan Selangor.

“Saya menyeru supaya ADUN-ADUN PKR Selangor yang lain juga membuat kenyataan terbuka untuk menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara PKR yang turut dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

“Kenyataan terbuka oleh setiap ADUN PKR di Selangor yang menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak yang lain adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan kita dalam melawan Umno-Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu Rafizi memuji tindakan Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyatakan secara terbuka sokongan sepenuhnya kepada pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Nik Nazmi juga menarik diri daripada sebarang pencalonan bagi jawatan itu seperti yang disyorkan oleh Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat.

One thought on “PKR Mahu ADUN Tarik Diri Jika Dicalon Jawatan MB

  • August 30, 2014 at 4:01 am
    Permalink

    kuasa politik vs kuasa Raja…inilah masa yang paling sesuai untuk menumbangkan PR…ADUN-ADUN PR mungkin akan lompat parti @ jadi WR BEBAS jika PAS PKR DAP masih gagal menyelesaikan isu MB Selangor…inilah cara terbaik untuk WR bertindak dan memberi sokongan pada TSKI untuk terus menjadi MB Selangor…mungkin rakyat juga sudah ‘fade-up’ dengan sikap pemimpin PR…andaikata jika ada ADUN yang memihak pada pihak istana kemungkinan PR akan hilang kuasa majoriti…jika 12BN + 1BEBAS + [6PAS+6PKR+6DAP]=31 PR=25…suatu perkara yang tidak mustahil akan berlaku jika pemimpin PR asyik ‘bertikam lidah’ sesama sendiri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.