Video: Khalid Samad Tak Bantu Warga Shah Alam

SHAH ALAM – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Shah Alam, Azhari Shaari menyifatkan bekas penyandang Parlimen tersebut Khalid Samad tidak melakukan sebarang sumbangan sepanjang tempoh beliau berkhidmat di situ.

Menurut beliau, Khalid tidak membantu rakyat namun hanya memfokuskan kepada mencari populariti di Parlimen sahaja.

” Khalid Samad dia tak pernah buat apa-apa, dah sepuluh tahun dah.

“Hari ini rentetan yang saya dengar dia tak ada sebarang perutukan dana, apa masalah rakyat dia tak pernah bantu. Yang hanya dia tahu dia nak popularkan diri dia di Parlimen.

“Rakyat Shah alam dah rugi selama 10 tahun dengan tak ada wakil rakyat yang memberi perkhidmatandi peringkat akar umbi dan di semua tempat,” katanya ketika ditemui media selepas majlis Pengumuman Calon BN di Selangor.

Tambah beliau lagi, tidak seperti pembangkang, beliau berkata dirinya sudah lama berkhidmat di Shah Alam walaupun BN tewas pada PRU terdahulu.

Banyak sumbangan BN telah berikan kepada rakyat yang gagal dilaksanakan oleh pembangkang.

” Rakyat, Inshaallah saya yakin dengan saya sebagai calon tempatan memberi kelebihan untuk membantu penduduk tempatan.

“Saya dah mansuhkan tol. saya dah dapatkan LRT di Shah Alam dan sebagainya. Itu sebelum Pilihanraya bukan janji MAnifesto. Dalam masa sekarang kit dah bantu baik pulih rumah-rumah pangsa.

“kita bukan nak gula-gulakan rakyat. tapi selepas Pilihanraya ini, banyak lagi yang kita nak berikan kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam Majlis pengumuman Calon BN Selangor hari ini telah mengumumkan senarai calon bagi 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan bertanding pada PRU14.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *