Pramugari Letak Jawatan Jadi Bintang Filem Lucah Gara-Gara Hal Ini

UBAH… Seorang pramugari British Airways telah meletak jawatan untuk menjadi bintang filem lucah menerusi webcam, kerana kerjaya baharu itu kurang tekanan.

Laura Birbeck, 27, bekerja dengan syarikat penerbangan kebangsaan tersebut selama dua tahun namun katanya kehidupan sebagai pramugari amat memenatkan dan membuatkannya sakit.

Dia kini melakukan webcam menerusi satu saluran TV di mana penonton boleh berbual dan melihatnya melakukan persembahan bogel secara langsung.

“Secara jujur kehidupan kru kabin adalah menakjubkan cuma ada sesetengah orang yang tidak sesuai dengan pekerjaan berkenaan. Saya sangat penat dan sakit tapi kini saya gembira kerana berada dalam industri yang saya suka ini,” katanya.

Dia sebelum ini berkhidmat dalam penerbangan jarak jauh.

Dalam pada itu, rakan-rakannya memberitahu bahawa Laura memang bersikap terbuka terhadap apa yang dilakukannya itu dan dia sukakan perhatian.

“Dia selalu memuatnaik mengenainya dalam media sosial jadi ia bukan lagi rahsia,” kata kawannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *