Layakkah Pendapat Peguam PPBM Yang Banyak Kalah Kes Di Mahkamah Dipercayai?

Minggu lalu, 16 ahli UMNO dari lima negeri telah memfailkan saman ke mahkamah bagi memohon membubarkan UMNO diatas dakwaan pelanggaran perlembagaan berikutan gagal mengadakan pemilihan parti sejak 2013.

Uniknya, kesemua 16 ahli UMNO ini diwakili oleh peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang juga merupakan peguam Pengerusi PPBM merangkap calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad – musuh UMNO/ Barisan Nasional (BN).

Mohd Khatri kata penganalisis politik Lim Sian See (LSS) telah kalah di mahkamah dalam hampir semua kes yang dibawa PPBM ataupun Mahathir keatas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan, mahupun UMNO.

“Masih mahu percaya pendapat dia ke?

“Tiba-tiba peguam yang banyak kalah ini kata UMNO haram, logo tak boleh digunakan dalam PRU akan datang,” kata LSS merujuk kepada tuntutan saman 16 ahli UMNO yang kini sudah dipecat.

Kesemua 16 ahli UMNO diumumkan dibuang dari parti oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang membuat keputusan mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO iaitu; mana-mana ahli yang memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah akan hilang keahlian secara automatik.

Jelas LSS, penangguhan pemilihan UMNO adalah bukan perkara baharu, sepertimana diakui oleh Dr Mahathir sendiri yang pernah menggalas jawatan selaku Presiden UMNO selama 22 tahun.

Dipetik Sinar Online, Dr Mahathir berkata, “Saya dulu pun biasa tangguh juga (pemilihan Umno). Saya tangguh pasal takut bergoncang dalaman, masalah dan perpecahan.”

Malah sepanjang Dr Mahathir masih berada didalam UMNO sekalipun, sudah menjadi kebiasaan pemilihan parti diadakan selepas tamat pilihan raya umum, seperti pada tahun 2004, 2009 dan 2013.

“Ini bermakna, adalah kebiasaan bahawa pemilihan UMNO akan diadakan SELEPAS setiap pilihanraya umum,” kata LSS.

Jelas beliau lagi, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Setiausaha-Agung UMNO sendiri mengakui tiada masalah pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya, bermakna hanya peguam Dr Mahathir sahaja yang bermasalah.

“UMNO tidak bertanding guna logo sendiri pun. UMNO guna logo Barisan Nasional. Takkan ini korang tak tahu?

“Yang benar-benar haram ialah parti PPBM tetapi mereka masih bertanding lagi, bukan? Nampaknya PPBM dan peguam-peguam mereka cemburu lalu mahu UMNO juga diharamkan sama mereka,” katanya sambil menambah cubaan untuk mengharamkan UMNO adalah wayang Dr Mahathir bersama ‘geng’nya. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *