Video : Dua Perompak Kendong Anak Mati Ditembak

Seorang anggota polis menumpaskan dua penjenayah yang mengendong anaknya dalam kejadian rompakan di Limpo Paulista, Brazil.

Menurut Daily Mail, dalam kejadian Sabtu lalu, Sarjan Rafael Souza berjaya menembak mati dua perompak bersenjata dalam cubaan merompak di sebuah kedai farmasi.

Ketika kejadian menecemaskan itu, Souza yang sedang mengendong bayi lelakinya dan bersama isteri memasuki kedai farmasi berkenaan sebelum dua penjenayah terbabit menyerbu masuk.

Menurut stesen radio Brazil, salah seorang suspek yang dikenali sebagai Jefferson Alves, 24, bertindak mengacukan pistol ke arah Souza selepas dia memberitahu dirinya adalah pegawai polis.

Bagaimanapun, Souza bertindak pantas mengeluarkan pistol sebelum melepaskan tembakan ke arah suspek pertama, seperti memetik MD.

Rakaman insiden dramatik dan mendebarkan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai tersebut, memaparkan Souza yang sedang memegang anaknya melepaskan tiga das tembakan ke arah Alves.

Dalam serangan balas itu, Souza berjaya menembak Alves sebelum dia kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah perompak kedua, yang berusia 22 tahun.

Rakaman juga menunjukkan Souza kemudian menyerahkan anak yang dikendong kepada isterinya, yang dilihat sedang menyorok di belakang rak.

Menurut Souza, suspek pertama berniat menembak dia dan bayinya, dan kerana itulah dia bertindak pantas menembak lelaki itu dari jarak dekat sebelum meneruskan tembakan terhadap suspek kedua.

Difahamkan, kedua-dua perompak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.