Rebut Kerusi: Shafie Apdal Malukan Pemimpin PAN Dalam Ceramah Terbuka

SANDAKAN – Belum pun masuk ke gelanggang, gabungan pembangkang PKR dan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang telah menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kini mula bercakaran sesama sendiri akibat perebutan kerusi.

Lebih memalukan, sengketa antara pemimpin mereka terserlah di mata penyokong sendiri yang hadir dalam ceramah perdana di Sandakan petang semalam berikutan tindakan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan mahu meletakkan calon daripada parti itu untuk bertanding di Parlimen Batu Sapi.

Bagaimanapun, sebelum itu, Pengerusi PAN Sabah, Hamzah Abdullah yang terlebih dahulu berucap telah menyatakan bahawa PAN akan bertanding di kerusi itu dan sudah mempunyai calon yang layak.

Namun, apabila tiba gilirannya di atas pentas, Mohd. Shafie langsung tidak menghiraukan kehadiran Hamzah di situ, malah bertindak memalukan sekutunya apabila menjelaskan PAN tidak perlu bertanding kerana Warisan akan meletakkan bekas Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) sebagai calon.

Sebaik sahaja mendengar ucapan tersebut, Hamzah dilihat segera berdiri untuk membidas, namun tidak dilayan oleh Mohd. Shafie sehingga menyebabkan ada pemimpin PAN mengangkat tangan dan meminta beliau berhenti berucap.

Sementara itu, Hamzah ketika ditemui selepas ceramah tersebut berkata, tindakan Mohd. Shafie itu amat biadab apabila cuba mengaibkan rakan sendiri di depan khalayak, justeru PAN bersedia untuk bertembung dengan Warisan di Batu Sapi dalam PRu-14, 9 Mei depan.

“Warisan dan Mohd. Shafie kena belajar adab. Dia aibkan saya dengan beritahu kepada umum yang saya tidak sepatutnya bertanding, apa yang dia cuba sampaikan itu? Adakah dia cuba mengancam saya?

“Kita dah bincang dengan pakatan yang PAN akan bertanding di dua kerusi Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah. Dia siapa mahu beritahu kita macam itu?

“Kita sedia bertanding dengan Warisan di Batu Sapi dan kita tengok rakyat akan pilih siapa,” katanya lagi. – UTUSAN

Berita Berkaitan;-

Baca!! Wan Azizah Cantas 8 Calon Pilihan Azmin Ali?

Baca!! Azmin Lebih Layak Dari Wan Azizah Untuk Pilih Calon PKR Di Selangor, Kata Johari Abdul

Baca!! Otai Reformasi Beri Amaran Pada Kartel Azmin, Jangan Ugut Wan Azizah

Baca!! Anwar, Wan Azizah Jangan Pinda Senarai Calon PKR – Tian Chua

Baca!! Wan Azizah Umum Calon PKR Selangor Tanpa Pengetahuan Azmin?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *