Aksi Coutinho Bakal ‘Gegar’ Di Camp Nou

Oleh: Suzein-Yana

Bintang import baru Barcelona, Philippe Coutinho berkemungkinan besar membuat debut pertama bersama gergasi Sepanyol me­nentang Espanyol pada aksi timbal balik suku akhir Piala Raja Sepa­nyol di Camp Nou, Jumaat ini.

The Catalans akhirnya berjaya melengkapkan perpindahan terbesar dalam rekod kelab tersebut selepas bersetuju menandata­ngani Coutinho daripada Liverpool de­ngan nilai £145 juta (RM791.47 juta) awal bulan ini

Perancang skuad antarabangsa Brazil itu pernah membuat 16 penampilan bersama Espanyol selepas dipinjamkan oleh Inter Milan buat beberapa bulan pada 2012.

Bagaimanapun ketua jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde enggan tergesa-gesa untuk menurunkan Coutinho kerana bimbang kecederaannya akan menjadi lebih serius, namun pada masa sama menaruh keyakinan dia boleh beraksi Jumaat ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.