Masalah Air Selangor Akan Selesai Jika Kerajaan Negeri Ditukar

Ada ijazah sarjana dari universiti dari Amerika Syarikat pun tidak ada guna kalau tidak boleh beza antara air terawat dan air empangan. Inilah mentaliti yang dimiliki oleh Menteri Besar Selangor sekarang, Azmin Ali. Memalukan sungguh.

Azmin Ali kata pada 17 Mac 2018 di Karnival Himpunan Rakyat di Stadium Shah Alam “saya nak bawa Menteri, saya nak bawa KSU, mari tengok empangan di Selangor. Kosong atau tidak?

“Lepas dah bawak tengok kita campak semua dalam empangan. Melampau’ kata Azmin Ali sambil tengkuknya masih berbalut lagi.

Nampaknya balutan di tengkuk itu telah menghalang sel sel otak Azmin Ali daripada berhubung dengan baik. Buat kenyataan yang melampau dan menampakkan dirinya sebagai seorang yang rendah mentalitinya.

Azmin buat kenyataan hendak campak Menteri dan KSU dalam empangan itu berdasarkan kenyataan Datuk Seri Dr Zaini Ujang, KSU Kettha pada 12 Mac 2018 yang menyatakan margin air di Selangor ketika ini yang berkadar sifar. Selangor bakal berdepan kemelut jika wujud permintaan untuk menyalurkan air terawat kepada kawasan yang mengalami gangguan bekalan.

Menurut buku Malaysia Water Industry Guide, terbitan Persatuan Air Malaysia, Selangor adalah negeri tertinggi yang mengalami masalah air pada tahun 2015 dan 2016. Selangor mencatatkan gangguan air sejumlah 235,650 kali pada tahun 2015 dan sejumlah 259,537 kali pada tahun 2016.

Macai pembangkang seronok mempertahankan logik air empangan penuh Azmin dengan mengatakan Pahang juga ada masalah air. Ini satu hujah yang amat dangkal sama sekali. Pahang hanya mengalami masalah gangguan air sebanyak 2,017 kali pada 2015 dan sebanyak 2,249 kali pada tahun 2016.

Lihat statistik tentang masalah air Selangor di pautan ini :

https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1796758467011289

Jauh beza angka 2,017 kes dengan 235,850 kes, dan Pahang berada di tangga ke-12 negeri yang paling banyak gangguan air, bukannya menjadi juara gangguan air seperti negeri Selangor.

Margin simpanan air terawat di Selangor hanya 4% sahaja berbanding 25% keperluan. Malah kualiti air di Selangor juga yang paling banyak sekali menerima aduan di Malaysia. Pada tahun 2015 sejumlah 2,962 aduan dan pada tahun 2016 sejumlah 2,894 aduan.

Azmin hendak suruh rakyat Selangor guna air empangan dan lombong yang tidak berkualiti? Hendak suruh masak, minum dan mandi dengan air lombong dan air empangan? Teruk sungguh mentaliti Menteri Besar ini.

Pada 27 Mac 2016, Azmin Ali menyalahkan orang yang ambil wuduk sebagai punca berlakunya krisis air. “Ini jemaah ambil wuduk, basah dari kepala hingga kaki seolah-olah hendak mandi,” kata Azmin Ali ketika merasmikan kempen “Jom Jimat Air” di Apartment Julia, Selayang.

Tahun 2014, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yunus Khairi telah mencadangkan rakyat Selangor agar tadah air hujan. “Ambil peluang masa hujan ini. Jangan bergantung 100 peratus pada air paip. Kalau saya sendiri tidak ambil air hujan ini dalam keadaaan air paip saya tak ada, apa yang saya boleh kata pada diri saya selain “malas” kata Yunus Khairi.

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Selangor yang terlebih cerdik adalah Elizabeth Wong yang menyatakan bahawa kempen plastik berjaya kerana sudah ada buaya timbul di Sungai Klang.

Masalah air tidak akan selesai di Selangor selagi rakyat Selangor tidak humban keluar Azmin Ali dan Exco Kerajaan Negeri yang cakap macam orang tidak sekolah ini. Ada nampak gambar Azmin Ali bergambar dengan rakyat ketika air tiada? Tidak ada. Alasannya mudah, sakit tengkuk.

PRU14 sudah dekat, masanya untuk rakyat Selangor bangkit bertindak. Tukar kerajaan Selangor. Tukar Menteri Besar, tukar Exco, tukar ADUN dan semuanya sekali. Bebaskan Selangor dari skandal rasuah yang berleluasa dan dari masalah air yang cukup membebankan rakyat. – Beruang Biru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *