Pengurus SKMM Panggil Melayu, Islam Bangsat

Kuala Lumpur – Seorang yang mengaku pengurus di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menggunakan akaun Rossi Xzoa, menghina bangsa Melayu dan agama Islam.

 

Rossi yang memuat turun komen- komen menghina Melayu dan Islam turut membandingkan Melayu di Sarawak yang dikatakan berbeza dengan Melayu di Malaya.

 

Melayu Sarawak dikatakan sangat berbudi bahasa tidak seperti Melayu disemenanjung yang banyak berbuat segala kejahatan termasuklah merogol anak sendiri, merompak, malas bekerja, suka minta derma dan menyusahkan orang.

 

Menerusi komen-komenya juga, Rossi turut menyelar tindakan Melayu yang mengatakan kaum cina lebih hebat kerana kaum itu telah membawa kemajuan dalam bidang perniagaan di Malaysia.

 

Tambahan pula, Rossi juga menghina agama Islam dengan mengatakan bahawa agama Islam itu bangsat.

 

Dia turut mempersenda masyarakat Islam dan Melayu kerana tidak makan babi, sambil menyifatkan daging binatang itu sangat sedap.

 

Sementara itu, pihak Suara TV masih tidak dapat memastikan adakah akaun ini merupakan akaun palsu untuk mengaibkan dan menghina Melayu dan Islam seperti yang dilakukan musuh Islam sebelum ini. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *