Polis Pantau Bookie PRU14

JOHOR BAHRU – Polis akan memantau kegiatan bookie Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi memastikan ramalan mereka tidak mengganggu atau mempengaruhi pilihan pengundi kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan.

Beliau berkata, pihak polis memandang serius kegiatan mereka yang dilihat boleh merosakkan dan menjejaskan sistem demokrasi sihat di negara ini.


“Mereka akan pilih dan meramalkan calon mana yang akan menang sebelum melakukan pertaruhan. Kita tidak mahu apa yang mereka lakukan menjadi panduan kepada pengundi untuk mengundi kelak,” katanya yang juga penyandang kerusi Parlimen Pulai, dalam sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Pegawai, Kakitangan dan Keluarga Jabatan Imigresen Negeri Johor di Kuaters Imigresen Taman Kenanga di sini, lapor Utusan

Hadir sama, Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Datuk Rohaizi Bahari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *