Menipu Orang Ramai, Hasut Kebencian Terhadap BN – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 20 April 2018

Orang yang mati dalam kemalangan tragis juga mahu difitnah Pakatan. Hina sungguh mereka ini.

Panduan 4 langkah mudah untuk Pakatan mencipta berita tidak benar.

1. Ambil mana-mana dua gambar kemalangan kereta yang serius.
2. Tambah gambar mana-mana orang rawak memakai baju BN.
3. Tambah gambar kotak mengandungi wang (gambar yang dikitar semula) dari mana-mana sahaja.
4. Kongsi semua 4 gambar dalam kumpulan WhatsApp dan FB bersama-sama dengan mesej “Adakah ini benar? Ahli politik BN Sabah mati dalam kemalangan kereta. Kotak penuh dengan wang tunai ditemui dalam kereta.”

Siap! Lebih banyak berita tidak benar untuk menipu orang ramai untuk menghasut kebencian terhadap BN.

Penyokong BN boleh melakukan perkara yang sama dengan mudah dan menggantikan gambar itu dengan gambar pemimpin Pribumi atau DAP memakai baju parti mereka dan menyebarkannya tetapi orang BN tidak melakukan ini kerana mereka tidak (kebiasaannya) menipu seperti PakaTun.

Lagi berita tidak benar yang diedarkan oleh Pakatan untuk menipu rakyat dan menghasut. Berapa kali lagi kamu mahu kena tipu sebelum kamu mahu mengaku bodoh?

Berita tidak benar yang tular itu juga dikongsi dalam kumpulan FB dan blog seperti berikut:
http://steadyaku-steadyaku-husseinhamid.blogspot.my/2018/04/sabah-man-dies-in-accident-with-money.html

Artikel Utusan pada bulan Februari dengan gambar kotak mengandungi wang itu:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mesej-tular-wang-rm100-palsu-tidak-sah-1.614271

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *