Video: Projek Di Zaman Mahathir Juga Dikecualikan Cukai – KP Kastam

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini mempertikaikan tindakan segelintir pihak yang menggunakan isu terhadap projek East Cost Rail Link (ECRL) yang mendapat sijil pelepasan cukai GST.

Menurut Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy, pelepasan itu bukan satu perkara baru kerana ia turut berlaku ketika zaman pimpinan Perdana Menteri terdahulu termasuk Tun Mahathir Mohamad.

“Memang benar kerajaan ada beri kelepasan kepada Projek ECRL kepada syarikat di China.

“Kenapa sekarang ini baru jadi satu isu besar? Kerjaan di bawah pimpinan-pimpinan terdahulu dan banyak berikan pelepasan dan pengecualian kepada projek-projek lain.

“Ini termasuk projek-projek kerjaan Malaysia telah berikan termasuk semasa pimpinan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri,”katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat JKDM, tadi

Tambahnya lagi, beberapa projek terdahulu juga turut melaksanakan pelepasan cukai ini.

“Apa yang kita panggil projek perkhidmatan diluluskan di mana bukan sahaja cukai jualan dikecualikan ke atas perolehan barang tetapi juga duti import.

“Contoh-contoh projek yang terlibat ialah terowong smart, stadium Bukit Jalil, KLIA, ERL, MRT, juga turut diberikan pengecualian tetapi ia tidak pernah jadi satu isu selama ini, kenapa sekarang?”ujarnya.

 

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa, pelepasan GST ini sebagai langkah untuk mengurangkan kadar hutang negara.

“Kita perlu ingat, projek ini kepunyaan kerajaan Malaysia, dan owner sebenar projek ini adalah Rail Link Malaysia Sdn Bhd yang dimiliki oleh syarikat pelaburan kerjaan.

“Jadi yang mendapat matfaat adalah syarikat Malaysia dan bukannya syarikat di China.kalau tidak diberikan kelepasasan GST sekarang, kerjaan terpaksa membayar GST daripada dana sendiri.

“Ini akan meningkatkan kos projek, kalau tidak kos projek akan meningkat dan kerajaan terpaksa mengambil pinjaman yang lebih yang mana akan menambah lagi hutang negara,”katanya.

Sebelum ini, JKDM telah mengesahkan sijil pelepasan GST kepada kontraktor projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company (CCCC), yang tular di media sosial.

 

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *