Selama 6 Tahun Dirogol oleh Ayah Tiri, Gadis Ini Ketagihan Seks

Jika keinginan seks sukar dikawal, kemungkinan besar itu ia adalah gejala ketagih seks. Sama seperti seorang gadis remaja yang berusia 16 tahun ini. Dia menjadi ‘ketagih seks’ selepas dirogol bapa tirinya.

Pada mulanya, gadis yang berasal dari Labuan ini menjadi mangsa gangguan seksual. Gadis itu diganggu selama enam tahun hingga menyebabkan gangguan emosi pada remaja itu.

Sejak dirogol, gadis itu mempunyai hubungan seks dengan enam lelaki yang dikenali menerusi aplikasi WeChat.

Perkara itu dirahsiakan dari ibunya. Remaja perempuan yang masih bersekolah itu kini hamil lima minggu.

Dia menyedari bahawa dia mengandung apabila mengalami sakit perut, pening dan muntah.

Dia kemudian mengakui bahawa dia telah dirogol oleh ayah tirinya sejak berusia 10 tahun.

Laporan polis kemudiannya difailkan selepas remaja itu membuat pengakuan. Kali terakhir diperkosa oleh bapa tirinya pada 10 Mac lalu.

Pada masa ini, gadis itu tinggal bersama ibunya dan bapa tiri sejak 2010 selepas ibu bapa kandungnya bercerai.

Menurut satu sumber, gangguan itu bermula apabila bapa tiri menunjukkan video lucah kepada remaja itu dan mula mengganggu gadis itu secara seksual.

Sebulan kemudian, ayah tirinya merogol gadis itu ketika ibunya tiada di rumah.

Sumber itu berkata, gadis itu pada asalnya enggan memfail laporan polis terhadap bapa tirinya kerana mengasihinya. Mangsa juga mengatakan bahawa bapa tirinya adalah tulang belakang keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *