Kit Siang Yang Tidak Jujur

Tulisan asal oleh:
Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nastional (BNSC), Facebook BNSC – Barisan Nasional Strategic Communications, 18 April 2018

Mahu meneruskan penipuan mereka, Kit Siang yang tidak jujur sememangnya tidak mahu rakyat Malaysia tahu bahawa majoriti dana “RM2.6 bilion” telah dikembalikan oleh PM.

1. Sejak beberapa hari lalu, DAP Lim Kit Siang telah mengeluarkan dua kenyataan yang menuduh kami menyebarkan berita palsu bahawa PM Najib telah mengembalikan kebanyakkan daripada RM2.6 bilion itu.

Kit Siang tidak jujur apabila memetik kenyataan Rafidah dan BNSC.

2. Kit Siang enggan mengakui bahawa Rafidah telah menulis dalam kenyataannya bahawa AS$620 juta telah dikembalikan oleh PM Najib kepada pemberi asal – satu hakikat yang juga telah diakui dalam dokumen DOJ, laporan Wall Street Journal serta Peguam Negara.

3. Nampaknya DAP dan Pakatan hanya mahu orang ramai mengetahui bahawa RM2.6 bilion telah masuk ke akaun PM tetapi sebagai sebahagian daripada propaganda politik mereka untuk mensasarkan PM kita, mereka tidak mahu orang ramai tahu bahawa majoriti dana itu telah dikembalikan.

Mereka tidak akan mengakui hakiakt itu kepada orang ramai bahawa wang itu telah dikembalikan oleh PM kerana ia menentang propaganda mereka dalam serangan peribadi mereka terhadap Perdana Menteri kita yang bersifat menipu bahawa beliau telah menyimpan berbilion untuk dirinya sendiri.

4. Jika Kit Siang telah membaca kenyataan Rafidah, beliau akan melihat bahagian ini:

“Bahagian “YANG DIPULANGKAN” ini berjumlah AS$620 juta , daripada jumlah semua “sumbangan” asal , sebanyak AS$681 juta.” https://www.facebook.com/Tansrirafidah/videos/2047450175512439/

Atau beliau juga boleh membaca artikel MalaysiaKini yang menyatakan:

“DOJ juga mendakwa bahawa AS$620 juta telah dikembalikan.”
https://www.malaysiakini.com/news/419850

5. Pasukan BNSC juga menjelaskan dengan jelas dalam kenyataan kami: https://www.facebook.com/BNStratComms/posts/242275362984876

– AS$681 juta telah dipindahkan pada bulan Mac/April 2013 pada kadar USD1 = RM3.05 = yang berjumlah kira-kira RM2.077 bilion ke dalam akaun itu. (bukannya RM2.6 bilion kerana ia berdasarkan pada kadar pertukaran pada bulan Julai 2015 apabila berita mengenai sumbangan itu diketahui)
– Pada Ogos 2013, anggaran RM2.046 bilion telah dikembalikan pada kadar pertukaran USD1 kepada RM3.30 yang memberi jumlah sebanyak AS$620 juta.
– Tidak mengambil kira yuran bank dan FOREX, ini bermakna majoriti wang itu telah dikembalikan.

6. Sama ada derma itu boleh dikenakan cukai, kenyataan kami juga menyatakan bahawa ini telah dijawab oleh ketua LHDN ketika itu, Tan Sri Mohd Shukor Mahfar pada 16 Februari 2016 di mana beliau mengesahkan bahawa sumbangan politik tidak boleh dikenakan cukai:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/02/16/political-donations-not-subjected-to-tax-says-irb-chief/

7. Kit Siang sememangnya tidak jujur kerana tidak mengakui bahawa majoriti dana itu telah dikembalikan dan LHDN sendiri telah menjelaskan bahawa ia tidak boleh dikenakan cukai.

8. Mengenai perkara yang sama iaitu derma politik, saya juga ingin tahu apa yang berlaku kepada tuntutan mahkamah yang Kit Siang secara terbuka berkata pada 2 Januari 2016 akan difailkan “dalam masa satu atau dua hari” terhadap seorang pemimpin politik senior berkenaan dakwaan sumbangan RM1.2 bilion dari Israel?
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/dap-to-sue-pas-man-for-defamation-over-israeli-military-base-claim-kit-sian

9. Hari ini ialah 16 April 2018. Apa yang berlaku pada “satu atau dua hari” selepas 2 Januari 2016? Adakah DAP telah memfailkan tuntutan itu? Jika tidak, mengapa tidak?

Link asal artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *