Jepun Cipta Kaedah Kesan Penyakit Kanser Melalui Air Kencing

TOKYO – Syarikat Jepun kini siap siaga untuk melaksanakan ujian pertama di dunia bagi mengesan kanser menerusi sampel air kencing.

Konglomerat kejuruteraan dan teknologi maklumat Hitachi telah membangunkan kaedah untuk mengesan kanser usus dan payudara melalui sampel air kencing dua tahun lalu.

Kaedah itu kini sedia untuk dikaji menerusi 250 sampel air kencing yang dikumpul untuk tujuan analisa, demikian menurut jurucakap Hitachi, Chiharu Odaira.

“Jika kaedah ini dapat dilaksanakan, ia akan lebih mudah untuk orang ramai menjalani ujian bagi mengesan kanser, di mana mereka tidak perlu lagi menjalani ujian darah untuk tujuan sama,” katanya.

Kaedah yang dibangunkan ini juga bertujuan untuk mengesan kanser dalam kalangan kanak-kanak.

“Tentu sekali kaedah ini memudahkan ujian ke atas kanak-kanak,” katanya.

Kajian itu akan bermula bulan ini sehingga September dengan kerjasama Universiti Nagoya.

“Kami mensasarkan penggunaan teknologi ini menjelang 2020, walaupun ianya bergantung kepada beberapa aspek lain seperti kelulusan pihak berkuasa,” kata Odaira. – JapanToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *