Korea Bakal Bersatu?

SEOUL – Selepas sekian lama tidak sehaluan akibat perbezaan ideologi politik, Korea Utara dan Korea Selatan akhirnya bersetuju untuk berkongsi bendera yang sama dalam satu pentas sukan.

Menurut Agensi, Persetujuan itu dicapai menerusi satu rundingan khas sempena upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang dijangka berlangsung di Pyeong­chang, Korea Selatan, bulan depan.

Al-Jazeera memetik kenya­taan agensi berita Yonhap sebagai berkata, lebih manis, kedua-dua negara di Semenanjung Korea itu juga akan membentuk sebuah pasukan hoki ais wanita secara bersama, lapor Utusan

Difahamkan, Korea Utara dan Korea Selatan pernah muncul bersama-sama dalam acara pembukaan sempena Sukan Olimpik sebelum ini, namun belum pernah membentuk satu pasukan untuk bertanding dalam sukan ber­kenaan.

Menurut Yonhap, Korea Uta­ra dijangka menghantar seramai 230 anggota pasukan sorak dan 30 atlet taekwando dalam acara sukan yang dijangka berlangsung mulai 9 hingga 27 Februari itu.

Yonhap menjelaskan, dele­gasi Olimpik dari Korea Utara juga bakal menggunakan laluan darat untuk ke Korea Selatan buat kali pertama sejak Februari 2016.

Ketika ini, kedua-dua negara secara teknikalnya dianggap masih berperang kerana konflik yang berlaku antara 1950 hingga 1953 sebelum ini diakhiri tanpa sebarang gencatan senjata atau perjanjian damai.

Terdahulu, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in memuji penyer­taan Korea Utara dalam Sukan Olimpik tersebut dengan menyifatkannya sebagai ‘peluang terbaik untuk mencairkan hubungan antara kedua-dua negara yang membeku’ sebelum ini.

Bagaimanapun, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk mengesahkan penyertaan yang dibuat secara bersama itu.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengakui sedang meneliti perkembangan semasa mengenai pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

“Saya tidak pasti perbinca­ngan itu Korea Utara dan Korea Selatan akan membawa kepada sesuatu yang bermakna.

“Mereka (Korea Utara) telah bercakap selama 25 tahun dan mengambil kesempatan daripada pemimpin AS terdahulu,” kata­nya dalam satu temu bual eksklusif bersama Reuters semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.