China Larang Pelajar Kunjungi Masjid

BEIJING – Pelajar sekolah di barat laut China dilarang mengunjungi masjid sepanjang cuti musim sejuk, dan ia dianggap antara langkah pihak berkuasa untuk mengetatkan peraturan membabitkan kebebasan beragama.

Menurut akhbar harian, Global Times, notis larangan itu dihantar ke semua sekolah tinggi, sekolah rendah dan tadika di Gansu dalam daerah Guanghe.

“Semua sekolah perlu memastikan pelajar mereka tidak mengunjungi mana-mana lokasi keagamaan bagi mengikuti sebarang pengajian sepanjang cuti musim sejuk,” lapor Global Times yang memetik notis terbabit, lapor BH

Jabatan Publisiti tempatan turut mengesahkan kepada Global Times mengenai arahan yang dikeluarkan menerusi notis itu, namun tidak menjelaskan tujuan ia dilaksanakan sepanjang musim cuti berkenaan.

Menurut laman web kerajaan, kira-kira 98 peratus daripada 257,000 penduduk Guanghe ialah etnik minoriti dan kebanyakannya penganut Islam Hui dan kumpulan Dongxiang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.