Pesawat Mendarat Cemas Akibat Enjin Terbakar

Newark – Sebuah pesawat penumpang India Boieng 777 yang berlepas dari New Jersey terpaksa berpatah balik dan mendarat cemas ke lapangan terbang itu berikutan enjin terbakar, lapor AP.

Jurucakap agensi pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty berkata pesawat Air India Penerbangan 144 itu bagaimanapun mendarat dengan selamat dan tiada penumpang dilaporkan cedera.

Jurucakap Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, Erica Dumas berkata pesawat berlepas ke Mumbai dengan membawa 313 penumpang itu jam 4.35 petang pada Ahad.

Juruterbang dilaporkan mengesan kebakaran pada enjin di sebelah kiri pesawat sebaik berlepas sebelum enjin berjaya dimatikan.

Pesawat yang berpatah balik mendarat semula jam 5.05 petang dan semua penumpang dikeluarkan dari pesawat dengan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *