‘Aleesya Mesti Tak Sabar Nak Adik’

Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan yang mengikat dua hati menjadi satu antara pelakon daripada negara jiran, Laudya Cynthia Bella bersama bekas suami Erra Fazira, Engku Emran.

Akhirnya terjawab sudah segala persoalan dan tanda tanya ramai pihak tentang kesahihan hubungan cinta pasangan ini.

Pernikahan pasangan ini telah mendapat ucapan tahniah dan doa yang tidak putus-putus daripada netizen. Bukan sahaja netizen malah bekas isteri Emran yang juga ibu kepada anaknya, Engku Aleesya juga tidak ketinggalan untuk memberikan ucapan tahniah buat Emran dan Bella, lapor MH.

Ucapan tahniah Erra itu ditujukan kepada pasangan pengantin baru ini menerusi ruang kapsyen di salah satu perkongsiannya dalam akaun Instagram.

“Alhamdulillahhhh.. Tahniah!! Buat ayah kepada Aleesya @iamkumbre dan @laudyacynthiabella diatas penyatuan cinta kalian.. moga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Penyatuan ini juga moga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Malaysia dan Indonesia.. Kita bersaudara dalam kejauhan.. kita saling mendoakan dan pupuk kasih sayang. Moga harmoni dan damai bersama. Amin. .

“Anakanda ku, kini bertambah ahli keluarga Aleesya, maka bertambahlah hendaknya kasih sayang dan perhatian buat mu sayang.. Moga menjadi anak yg solehah dan punya jati diri yang disenangi dan dsayangi sentiasa. Mom will always support and pray for your happiness dunia dan akhirat. Love you so much my love!!!

“Kepada pasangan mempelai ee dan bella.. moga kalian segera dikurniakan cahaya mata yg soleh dan solehah lagi comel! Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik.. Kalian sentiasa dalam doaku.. CONGRATULATIONS AGAIN!! Muahhhhh,” tulis Erra.

Bella sah bergelar isteri kepada Emran hanya dengan sekali lafaz kira-kira jam 6.57 petang semalam.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di Kuala Lumpur dan diadakan secara sederhana dan tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga dan teman-teman rapat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *