Kekecohan Di CIQ Johor Bukan Sebab Mogok

Kuala Lumpur – Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan di sini menafikan berlaku kejadian mogok oleh pemandu bas di kompleks itu pagi tadi.

“Apa yang berlaku hanyalah kekecohan kecil disebabkan oleh keengganan dua orang pemandu bas untuk membayar tol yang dikenakan di CIQ,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan memandang serius kejadian tersebut dan akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang ke atas pemandu bas yang tidak bertanggungjawab.

Beberapa agensi media hari ini melaporkan berlaku kejadian mogok oleh pemandu bas kilang dari Malaysia yang enggan memasuki Singapura sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa di Tambak Johor selama beberapa jam awal pagi ini.

Ia didakwa berpunca daripada kadar tol baharu bagi kenderaan yang keluar dan masuk ke Malaysia, selain kenaikan bayaran Permit Masuk Kenderaan ke Singapura yang kedua-duanya berkuat kuasa hari ini.

Sementara itu, operasi kutipan tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baharu hari ini dilaporkan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Dalam pada masa yang sama, pegawai daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan berada di lokasi berkenaan bagi memantau keadaan dan memastikan kesesakan trafik dapat dikurangkan.

 

Baca : Ratusan Terkandas, Bas Pekerja Kilang Mogok

 

Baca : Bas Kilang Tamatkan Mogok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.